Khamis, 27 Februari 2014

Perkataan am + kata depan (preposition)

Lazimnya, perkataan am memberi maksud -berada- jika ia diikuti kata depan (preposition). Contoh-contoh kata depan adalah in (di/dalam), on (atas), near (dekat), outside (diluar), between (di antara) atau sebagainya.
  1. I am inside the house. (Saya berada di dalam rumah.)
  2. You were near me just now. (Awak telah berada dekat saya tadi.)
  3. He is on the bridge. (Dia berada di atas jambatan.)
  4. She was outside the room. (Dia telah berada di luar bilik.)
  5. It is behind the door. (Ia berada di belakang pintu.)
  6. We are at a village. (Kami berada di sebuah kampung.)
  7. They were under the table. (Mereka telah berada di bawah meja.)
Perhatikan dalam ayat 2, 4 dan 7 bahawa perkataan was dan were memberi maksud -telah berada- yang menggambarkan masa lampau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan segan jangan malu, komen anda dialu-alukan. Berkatalah yang baik, bahasa jiwa bangsa :)