Isnin, 24 Februari 2014

Cara menggunakan perkataan we dan us

Perkataan we memberi maksud kami atau kita. We adalah bentuk subjek manakala us adalah bentuk objek.
  1. We are here. (Kami berada di sini.) - we subjek
  2. He wants to help us. (Dia ingin menolong kita.) - us objek
  3. May we help you? (Bolehkah kami membantu anda?) - we subjek
  4. Come to us. (Marilah kepada kami.) - us objek
  5. Are we invited? (Adakah kita dijemput?) - we subjek
  6. She saw us. (Dia telah nampak kita.) - us objek
  7. We should wait here. (Kita patut tunggu di sini.) - we subjek
  8. Can you call us. (Bolehkah anda menelefon kami?) - us objek
Tiap-tiap ayat Bahasa Inggeris mesti mengandungi subjek. Tahukah anda subjek di dalam ayat 4?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan segan jangan malu, komen anda dialu-alukan. Berkatalah yang baik, bahasa jiwa bangsa :)