Khamis, 27 Februari 2014

Cara menggunakan perkataan am yang diikuti kata sifat (adjective)

Anda sudah tahu bahawa perkataan am yang diikuti kata nama (noun) memberi maksud -adalah-. Kini ketahuilah bahawa perkataan am yang diikuti kata sifat (adjective)  juga memberi maksud -adalah-. Contoh-contoh kata sifat adalah cold (sejuk), angry (marah), tall (tinggi), blue (biru), late (lewat) atau sebagainya. Perhatikan dalam contoh-contoh ayat di bawah perkataan -adalah- tidak di sebut dalam terjemahan Bahasa Melayu.

Masa kini:
  1. I am cold. (Saya sejuk.)
  2. You are early. (Awak awal.)
  3. He is tired. (Dia letih.)
  4. She is pretty. (Dia cantik.)
  5. It is yellow. (Ia kuning.)
  6. We are sad. (Kami sedih.)
  7. They are crazy. (Mereka gila.)
Masa lampau:
  1. I was lucky yesterday. (Saya bernasib baik semalam.)
  2. You were late this morning. (Awak lewat pagi tadi.)
  3. He was healthy last week. (Dia sihat minggu lepas.)
  4. She was happier there. (Dia lebih gembira di sana.)
  5. It was warm just now. (Ia panas tadi.)
  6. We were angry at him. (Kami marah pada dia.)
  7. They were friendly. (Mereka ramah.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan segan jangan malu, komen anda dialu-alukan. Berkatalah yang baik, bahasa jiwa bangsa :)