Khamis, 27 Februari 2014

Menggunakan am + kata nama (noun) untuk merujuk kepada masa lampau

Apabila merujuk kepada masa lampau, perkataan am yang diikuti kata nama (noun) akan berubah bentuk kepada was atau were seperti berikut:
  1. I was
  2. you were
  3. he was
  4. she was
  5. it was
  6. we were
  7. they were
Bukan itu saja, maksud perkataan am juga akan berubah menurut keadaan ayat seperti berikut:
  1. I was a student last year. (Saya [adalah] seorang murid tahun lepas.)
  2. You were a gardener here. (Awak [pernah menjadi] seorang pekebun di sini.)
  3. He was James Bond. (Dia [pernah menjadi] James Bond.)
  4. She was the owner. (Dia [adalah] pemiliknya di masa lalu.)
  5. It was a snake. (Ia [adalah] seekor ular.)
  6. We were trainers once. (Kami [pernah menjadi] pelatih-pelatih seketika dulu.)
  7. They were locals before. (Mereka [adalah] orang-orang tempatan sebelum ini.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan segan jangan malu, komen anda dialu-alukan. Berkatalah yang baik, bahasa jiwa bangsa :)