Khamis, 27 Februari 2014

Cara menggunakan perkataan am + kata nama (noun)

Perkataan am memberi maksud -adalah- jika ia diikuti kata nama (noun). Contoh-contoh kata nama adalah Ahmad, a doctor (seorang doktor), a teacher (seorang guru), boys (budak-budak lelaki) atau sebagainya. Bentuk-bentuk perkataan am adalah am, are, is. Berikut adalah cara penggunaan perkataan am:

  1. I am (saya adalah)
  2. you are (awak adalah)
  3. he is (dia adalah)
  4. she is (dia adalah)
  5. it is (ia adalah)
  6. we are (kita/kami adalah)
  7. they are (mereka adalah)
Contoh-contoh ayat di mana perkataan am diikuti kata nama:
  1. I am Ahmad. (Saya [adalah] Ahmad.)
  2. You are a doctor. (Awak [adalah] seorang doktor.)
  3. He is Encik Hassan. (Dia [adalah] Encik Hassan.)
  4. She is a nurse. (Dia [adalah] seorang jururawat.)
  5. It is a cat. (Ia [adalah] seekor kucing.)
  6. We are doctors. (Kami [adalah] doktor-doktor.)
  7. They are nurses. (Mereka [adalah] jururawat-jururawat.)
Perhatikan bahawa perkataan -adalah- seringkali tidak disebut dalam perbualan Bahasa Melayu contohnya -Mereka jururawat-.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan segan jangan malu, komen anda dialu-alukan. Berkatalah yang baik, bahasa jiwa bangsa :)