Jumaat, 28 Februari 2014

Cara menggunakan perkataan am + kata kerja (verb)

Perkataan am memberi maksud -sedang- jika ia diikuti kata kerja (verb) yang berakhir dengan -ing yang menggambarkan aksi contohnya walking (berjalan), drinking (minum), eating (makan), sleeping (tidur), waking (bangun), rolling (bergolek) atau sebagainya:
  1. I am thinking. (Saya sedang berfikir.)
  2. You were sleeping a while ago. (Awak sedang tidur sebentar tadi.)

Khamis, 27 Februari 2014

Perkataan am + kata depan (preposition)

Lazimnya, perkataan am memberi maksud -berada- jika ia diikuti kata depan (preposition). Contoh-contoh kata depan adalah in (di/dalam), on (atas), near (dekat), outside (diluar), between (di antara) atau sebagainya.
  1. I am inside the house. (Saya berada di dalam rumah.)
  2. You were near me just now. (Awak telah berada dekat saya tadi.)

Cara menggunakan perkataan am yang diikuti kata sifat (adjective)

Anda sudah tahu bahawa perkataan am yang diikuti kata nama (noun) memberi maksud -adalah-. Kini ketahuilah bahawa perkataan am yang diikuti kata sifat (adjective)  juga memberi maksud -adalah-. Contoh-contoh kata sifat adalah cold (sejuk), angry (marah), tall (tinggi), blue (biru), late (lewat) atau sebagainya. Perhatikan dalam contoh-contoh ayat di bawah perkataan -adalah- tidak di sebut dalam terjemahan Bahasa Melayu.

Menggunakan am + kata nama (noun) untuk merujuk kepada masa lampau

Apabila merujuk kepada masa lampau, perkataan am yang diikuti kata nama (noun) akan berubah bentuk kepada was atau were seperti berikut:
  1. I was
  2. you were
  3. he was
  4. she was
  5. it was
  6. we were
  7. they were

Cara menggunakan perkataan am + kata nama (noun)

Perkataan am memberi maksud -adalah- jika ia diikuti kata nama (noun). Contoh-contoh kata nama adalah Ahmad, a doctor (seorang doktor), a teacher (seorang guru), boys (budak-budak lelaki) atau sebagainya. Bentuk-bentuk perkataan am adalah am, are, is. Berikut adalah cara penggunaan perkataan am:

Soal-jawab dengan perkataan don't

Apabila digunakan di permulaan ayat tanya, perkataan don't memberi maksud -tidakkah-. Berikut adalah contoh-contoh soal-jawab menggunakan perkataan don't:
  1. Don't I know you? (Tidakkah saya mengenali awak?)
    No, you don't know me. (Tidak, awak tidak mengenali saya.) atau No, you don't. (Tidak.)
  2. Don't you remember me? (Tidakkah awak mengingati saya?)
    No, I don't remember you. (Tidak, saya tidak mengingati awak.) atau No, I don't. (Tidak.)

Soal-jawab dengan perkataan do

Apabila digunakan di permulaan ayat tanya, perkataan do memberi maksud -adakah-. Perkataan do lazimnya digunakan dalam sesi soal-jawab seperti berikut:
  1. Do I know you? (Adakah saya mengenali awak?)
    Yes, you do know me. (Ya, awak mengenali saya.) atau Yes, you do. (Ya.)
  2. Do you understand? (Adakah awak memahami?)
    Yes, I do understand. (Ya, saya memahami.) atau Yes, I do. (Ya.)

Rabu, 26 Februari 2014

Cara menggunakan frasa don't + want to

Selain do, perkataan don't boleh juga digunakan untuk bertanyakan soalan. Apabila don't digabungkan dengan frasa -want to-, ia memberi maksud -tidak mahukah-:
  1. Don't I want to see? (Tidak mahukah saya melihat?)
  2. Don't you want to hear? (Tidak mahukah awak mendengar?)

Selasa, 25 Februari 2014

Cara menggunakan frasa do + want to

Dalam Bahasa Inggeris, perkataan do boleh digunakan untuk bertanyakan soalan. Apabila do digabungkan dengan frasa -want to-, ia memberi maksud -mahukah-:
  1. Do I want to dream? (Mahukah saya bermimpi?)
  2. Do you want to swim? (Mahukah awak berenang?)

Cara menggunakan frasa don't want to

Frasa -don't want to- memberi maksud -tidak mahu-:
  1. I don't want to jump. (Saya tidak mahu lompat.)
  2. You don't want to go. (Awak tidak mahu pergi.)
  3. He doesn't want to pray. (Dia tidak mahu sembahyang.)

Cara menggunakan frasa want to

Frasa 'want to' memberi maksud 'hendak':
  1. I want to eat. (Saya hendak makan.)
  2. You want to bathe. (Awak hendak mandi.)
  3. He wants to sleep. (Dia hendak tidur.)

Isnin, 24 Februari 2014

Cara menggunakan perkataan they dan them

Perkataan they (mereka) adalah dalam bentuk subjek manakala perkataan them (mereka) adalah dalam bentuk objek.
  1. They went there. (Mereka telah pergi ke sana.) - they subjek
  2. We like them. (Kami suka mereka.) - them objek

Cara menggunakan perkataan we dan us

Perkataan we memberi maksud kami atau kita. We adalah bentuk subjek manakala us adalah bentuk objek.
  1. We are here. (Kami berada di sini.) - we subjek
  2. He wants to help us. (Dia ingin menolong kita.) - us objek

Ahad, 23 Februari 2014

Cara menggunakan perkataan it (ia, nya)

Sepertimana perkataan you, perkataan it (ia, nya) juga tidak berubah bentuk jika digunakan sebagai subjek atau objek.
  1. It is a nice gift. (Ia adalah hadiah yang bagus.) - it subjek
  2. I want it. (Saya menghendakinya.) - it objek

Cara penggunaan she (dia) dan her (dia, nya)

Sepertimana he dan him, she (dia) dan her (dia, nya) juga digunakan mengikut kaedah subjek dan objek.
  1. She misses him. (Dia merinduinya.) - she subjek.
  2. He did not call her. (Dia tidak menelefonnya.) - her objek

Cara menggunakan he (dia) dan him (dia,nya)

Sepertimana I atau me, he (dia) dan him (dia, nya) juga digunakan mengikut kaedah subjek dan objek contohnya:
  1. He is my son. (Dia adalah anak lelaki saya.) - he subjek
  2. I hate him! (Saya membencinya!) - him objek

Cara menggunakan perkataan you (awak)

Tidak seperti I atau me, perkataan you (awak) tidak berubah bentuk jika digunakan sebagai subjek atau objek, contohnya:
  1. You cried. (Awak telah menangis.) - you subjek
  2. For you. (Untuk awak.) - you objek

Sabtu, 22 Februari 2014

Cara menggunakan perkataan I atau me

Gunakan perkataan I atau me untuk merujuk kepada diri sendiri. Jika saya adalah subjek gunakan perkataan I, contohnya - I called Nurliah. (Saya telah menelefon Nurliah.) Jika saya adalah objek gunakan perkataan me, contohnya - Nurliah called me. (Nurliah telah menelefon saya.)

Kaedah subjek dan objek

Penting! Bahasa Inggeris menggunakan kaedah subjek dan objek.
  1. Ahmad beat Johan. (Ahmad pukul Johan.)
  2. Johan beat Ahmad. (Johan pukul Ahmad.)
Dalam ayat 1, Ahmad adalah subjek dan Johan adalah objek. Dalam ayat 2, Johan adalah subjek dan Ahmad adalah objek. Lihat pula ayat-ayat berikut:

Baca kuat dan berulang kali

Apabila mempelajari Bahasa Inggeris, bacalah dengan suara yang kuat dan berulang kali. Anda hendaklah mendengar apa yang anda sedang membaca untuk mudah ingat. Susah nak ingat jika dibaca dalam hati. Bukan itu saja, anda hendaklah membaca berulang kali. Cuba baca ayat di bawah dengan suara yang kuat dan berulang kali. Ayat ini memberi maksud "Saya suka lagu ini."

I like this song. I like this song. I like this song. I like this song. I like this song. I like this song. 

Cara belajar Bahasa Inggeris paling efektif

Cara mempelajari Bahasa Inggeris paling cepat adalah melalui perbualan. Ya, tidak ada cara lain yang lebih efektif. Walaupun anda ingin mempelajari tatabahasa Bahasa Inggeris sekali pun, anda sepatutnya mempelajari perbualan Bahasa Inggeris dahulu. So, tunggu apa lagi, jom belajar perbualan Bahasa Inggeris melalui blog ini.